slidshow

Assalamualaikum w.b.t 

Pihak Akademi Huffaz Al-Halimiah dengan ini membuat pengambilan pelajar baharu untuk sesi 2020/2021. Pihak Akademi Huffaz Al-Halimiah memohon supaya dapat disebarkan mengenai maklumat pengambilan ini di media sosial dan kenalan pihak umum. Sekian terima kasih.



KEM BINA INSAN CEMERLANG 2018 ANJURAN AKADEMI HUFFAZ AL-HALIMIAH

Alhamdulillah baru-baru ini Akademi Huffaz Al-Halimiah berjaya menyempurnakan Kem Bina Insan sesi 2018/2019 di tapak Akademi di Rambung. Kem yang berlangsung selama satu hari setengah ini berjaya mengumpul sebanyak 50 orang peserta yang kelihatan sangat ceria untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang disediakan pihak Akademi.






Semoga kem seterusnya akan menjadi lebih berjaya dan mendapat sambutan yang sangat baik serta dapat menjadikan para peserta menjadi insan yang berjaya dan soleh serta solehah.

AKTIVITI AHAH- IBADAH KORBAN DI AKADEMI HUFFAZ AL-HALIMIAH

Tanggal 11 Zulhijjah 1439h, pihak Akademi Huffaz Al-Halimiah telah menyempurnakan ibadah korban buat pertama kalinya dianjurkan di Akademi. Hampir 200 orang tetamu menghadiri majlis korban diiringi majlis kenduri kesyukuran. 

Majlis diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria Abdullah Halim yang menyediakan haiwan korban pada hari tersebut dan telah berjaya menumbangkan seekor lembu dan 2 ekor kambing. Majlis dimulai dengan menyambut kehadiran tetamu serta penduduk setempat.

 Seusai selesainya penyembelihan dan pengagihan daging korban, majlis diselitkan dengan bacaan tahlil arwah sebelum menjamu selera. Ramai hadirin dan hadirat memberi respon yang positif diatas penganjuran majlis ini. 












Insya'Allah jika diizinkan pihak Akademi akan terus melaksanakan ibadah korban pada kali kedua dan seterusnya di Akademi Huffaz Al-Halimiah sebagai aktiviti tahunan bersempena hari raya Aidil Adha. Semoga iringan doa-doa kalian dimakbulkan Allah S.W.T, Amin.

SALAM AKADEMI

Assalamu'alaikum wbt.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, dapat meneruskan khidmat bakti di akademi Huffaz Al Halimiah tercinta ini. Semoga cahaya Al Quran menyuluh kehidupan kita agar kegemilangan dan kejayaan dapat dikecapi kepada kita yang mempunyai amanah besar untuk menambahkan lagi para huffaz Al Quran di akademi ini. Semoga dapat diteruskan perjuangan mulia ini dan memperoleh keberkatan dariNya. 
 
Selain itu, pihak akademi Huffaz Al Halimiah amat memerlukan sumbangan dan bantuan dalam bentuk wakaf atau secara tunai dan barangan untuk memenuhi keperluan akademi. Sumbangan daripada pelbagai pihak akan digunakan untuk pembangunan akademi seperti surau, bangunan kelas, asrama, padang sukan dan lain-lain. 
 Semoga Allah SWT membalas sumbangan  dan bantuan yang telah dihulurkan kepada akademi Huffaz Al Halimiah dan semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
Ikhlas daripada,
Akademi Huffaz Al Halimiah

AKADEMI HUFFAZ AL HALIMIAH KINI BEROPERASI


AKADEMI HUFFAZ AL HALIMIAH kini telah beroperasi untuk melahirkan huffaz Al Quran didalam membentuk sahsiah diri dalam kehidupan dunia dan akhirat di samping meningkatkan UBUDIYYAH dan SILATURAHIM. 
Bersama kami dalam menzahirkan kerja kerja kearah menjaga AMANAH Rasulullah SAW iaitu menjaga AL Quran dan Sunnah. Pengambilan pelajar baru sedang dilaksanakan dan semoga mendapat sambutan yang baik.

Copyright @ 2013 AKADEMI HUFFAZ AL HALIMIAH.