Assalamu'alaikum wbt.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, dapat meneruskan khidmat bakti di akademi Huffaz Al Halimiah tercinta ini. Semoga cahaya Al Quran menyuluh kehidupan kita agar kegemilangan dan kejayaan dapat dikecapi kepada kita yang mempunyai amanah besar untuk menambahkan lagi para huffaz Al Quran di akademi ini. Semoga dapat diteruskan perjuangan mulia ini dan memperoleh keberkatan dariNya.
Selain itu, pihak akademi Huffaz Al Halimiah amat memerlukan sumbangan dan bantuan dalam bentuk wakaf atau secara tunai dan barangan untuk memenuhi keperluan akademi. Sumbangan daripada pelbagai pihak akan digunakan untuk pembangunan akademi seperti surau, bangunan kelas, asrama, padang sukan dan lain-lain.
Semoga Allah SWT membalas sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan kepada akademi Huffaz Al Halimiah dan semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
Ikhlas daripada,
Akademi Huffaz Al Halimiah
0 comments:
Post a Comment